Jumat, 20 Desember 2013

Baju Pengantin
 
 

Pertama sekali saya agak anda sedang mencari idea. Mungkin juga survey-survey butik pengantin dan kelengkapan baju pengantin untuk hari perkahwinan anda. Betul tak?  FYI, anda berada di laman web yang akan membantu anda dalam urusan kahwin anda nanti. Stay in touch dengan saya kerana saya bersedia bersama anda sebagai wedding planner. Saya akan cuba berikan anda seberapa banyak yang boleh, maklumat percuma berkenaan baju pengantin dan perkahwinan.
Sesetengah perkara yang anda belum tahu, untuk urusan perkahwinan mungkin maklumatnya ada disini. Memang kadang -kadang kita rasa kita dah lengkap. The moment kita start cuba belajar, disaat itulah baru kita sedar  lebih banyak rupanya yang kita tak tahu.. kan?
Tips Pertama
Back tu tips yang nak bagi tadi. Ramai jugak yang datang jumpa saya nak baju kahwin kaler maroon sebab pelamin dah set kaler tu. Pengapit pun sama. Alamak! sepatutnya pengantin yang pilih kaler baju pengantin dulu, baru pilih warna pelamin dan baju pengapit, hantaran dan lain-lain lah. Haa itulah dia.
Bila dah set warna macam tu semakin terbatas lah pilihan baju kat butik pengantin yang kita pilih nanti. Sebenarnya tak salah tapi tak syoklah. Elok dah jumpa baju pengantin yang kita berkenan kaler pulak tak kena. Dah…kena tempah baju pengantin baru . Bayar mestilah lagi mahal. Lari budget.
Baju pengantin koleksi brown
Baju pengantin koleksi brown
Tips Kedua
Mesti anda terfikir ‘kenapa nak sewa baju pengantin ni sedangkan aku boleh beli kain tempah jahit, boleh simpan sendiri, lagi murah’. Soalannya betul ke lagi murah? Anda juga kena luangkan masa dan effort untuk pastikan baju ni siap on time. Cuti pun susah nak dapat macamana nak pergi cari kain, hantar tempah kat tukang jahit yang boleh dipercayai pun satu issue.
Ramai yang datang jumpa saya bawa baju pengantin yang ditempah dari butik pengantin lain, nak suruh alter. Ada yang mungkin boleh, ada yang tak boleh. Bergantung pada cara jahitan dan potongannya. Pastu nak pergi beli manik, beli kat mana pun tak tahu. Pengalaman saya untuk siapkan sepasang baju pengan
tin yang ‘all out’ sangat2 cantik ni ambik masa sebulan dengan 4 hingga 5 dedicated staff. Just siapkan baju tu jer.
Dari segi masa, lebih baik anda luangkan masa yang ada dengan duduk depan komputer cari maklumat yang dikehendaki, tambah ilmu sebelum berkahwin dan uruskan benda lain. Daripada anda kehulu kehilir cari parking semata-mata nak pergi Jakel kat Masjid India. 
Tujuannya nak beli aksesori dan kain nak buat baju pengantin. Boleh bergaduh-gaduh dengan bakal suami nanti. Kena yang sporting takper..layan jer lah. Masa anda adalah duit sebenarnya. Jimat masa sama ertinya dengan jimat belanja. Mesti budget kahwin anda tak lari.
Ada orang plan nak simpan baju tu. Hakikatnya 90% daripada pengantin yang dah buat sendiri baju pengantin, memang menyesal, bila jumpa balik mengaku tak tau nak buat apa dengan baju kawin tu. Memang nak pakai balik tak teringin. Tau tak kenapa? Yang sebenarnya sebab baju pengantin tu istimewa dipakai hanya pada hari perkahwinan. Anda telah memahat satu memori indah pada baju tu.
Setiap kali terpandang baju tu anda akan terasa seolah-olah berada di majlis kahwin anda , atau kembali pada zaman tu. Ibarat diluah mati emak ditelan mati bapak. Dan kalau nak tahu, kain sifon silk warna putih, off white atau cream akan kelihatan sangat buruk setelah sekali di hatar dryclean. Cubalah test kalau tak caya.
baju pengantin koleksi songket kuning diraja

Tidak ada komentar:

Posting Komentar